Deligasi Kursus Guru Bahasa Arab di Oman

Deligasi Kursus Guru Bahasa Arab di Oman

Tuesday, May 5, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH-SEKOLAH MINGGU KE-2


Pada hari ini kami sekali lagi bergerak dalam kumpulan lawatan ke sekolah-sekolah di sekitar Muscat. Kali ini beberapa kumpulan berpeluang melawat ke sekolah menengah. Selain itu, lawatan ke sekolah asas (rendah) tidak lagi bertumpu kepada kelas tahap 1, bahkan kepada kelas-kelas tahap pertengahan dan tinggi (murid-murid berumur sekitar 11-16 tahun). Antara analisa awal lawatan-lawatan tersebut adalah seperti berikut :




Nama Sekolah
Madrasah Al-Wadi Al-Kabir , Muscat

Ulasan:
Proses P&P berjalan seperti biasa, tiada perkara yang boleh diambil ( sesuatu yang baru ). P&P amat sesuai dijalan di sekolah menengah, tiada pelbagaian ABM digunakan. Murid banyak memberikan pandangan tentang tajuk. Murid aktif memberikan pandangan. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan, sumbangsaran dan penerangan.

(Senarai kependekan huruf untuk menulis SMS)

Nama Sekolah
Madrasah Asma’ Bint Abu Bakr li-Ta’lim Al-Asasi

Ulasan:
Proses P&P berjalan seperti biasa. Semasa lawatan ke sebuah kelas, P&P di sana berkaitan dengan gejala ‘ARABIZI yang merupakan singkatan kepada Arabic+English di mana berlaku pencemaran bahasa Arab yang dicampur dengan unsur-unsur bahasa Inggeris. Hal ini berlaku antaranya didorong oleh kemajuan teknologi seperti SMS dan ICT. Masyarakat disini khususnya muda-mudi terikut dengan trend ini umpamanya untuk memudahkan mereka menulis SMS dengan cepat.

(Asbahta taktubu bil Arabiyyah)

2 comments:

aiman said...

request !!!

mintak eserta dapat memerhati kaedah penggunaan ICT yang digunakan oleh guru Oman. Kalau dapat, mintak2 sesalinan dua powerpoint yang diorang gunakan.

syukran...

aiman said...

satu lagi request !!!

kalo boleh mintak diperhatikan apa aktiviti untuk bulan bahasa arab mereka. mana tau boleh digunakan nanti untuk aktiviti bulan bahasa arab di malaysia..