Selepas selesai kuliah pertama, para peserta pulang ke hotel untuk menikmati makan tengahari dan berehat. Sekitar jam 8.00 malam, bengkel pertama telah diadakan. Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel pertama ini adalah penyusunan organisasi dan bengkel pembinaan modul serta penyelarasan urusan lawatan ke sekolah-sekolah yang dijadualkan pada hari Isnin nanti. Di dalam bengkel tersebut juga para peserta telah mengutarakan beberapa masalah berkaitan dengan penginapan, pengangkutan, tempat kursus dan lain-lain. Bengkel ini selesai pada jam 10.30 malam.
Deligasi Kursus Guru Bahasa Arab di Oman
Showing posts with label taklimat. Show all posts
Showing posts with label taklimat. Show all posts
Saturday, April 25, 2009
Friday, April 24, 2009
SAFEER CONTINENTAL HOTEL
Setelah hampir 30 minit perjalanan menaiki bas, kami tiba di hotel yang akan menjadi kediaman kami selama 26 hari mengikuti kursus di Oman. Di sana, kami sekali lagi disambut oleh para pegawai yang menyambut kami di lapangan terbang. Kami difahamkan bahawa setiap peserta rombonga akan ditempatkan seorang sebilik, selain 3 kali makan sehari (sarapan, makan tengahari dan makan malam). Begitulah kemurahan hati kerajaan Oman yang memberikan keistimewaan sebegitu rupa kepada kami di sini. Setelah selesai proses check-in dan ucapan ringkas oleh Ustaz Anwar dan En. Fadhli, kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.
Pada m
alam tersebut telah diadakan pertemuan diantara ahli rombongan dengan En. Sayyid al-Hasyimi pegawai dari al-Mudiriyah al-‘Ammah li Tanmiyati al-Mawarid al-Basyariah (Institut Umum Pembangunan Sumber Manusia) yang memberikan serba sedikit gambaran tentang negara Oman dan perjalanan kursus. Selain itu sesi soal jawab juga diadakan bagi mendapatkan penjelasan tentang beberapa perkara. Selepas pertemuan tersebut, para peserta telah diberikan taklimat ringkas oleh ketua rombongan, Ustaz Md Ahir berkaitan protokol dan etiket bagi menghadiri majlis perasmian pada keesokan harinya.Bagi anda yang ingin menghantar bingkisan dari Malaysia, bolehlah menghantarnya melalui alamat berikut :
Safeer Hotel & Tourism Co.
Post Box No. 121, P.C : 115
Al-Khuwair, Muscat, Sulatanate of Oman.
Tel : +968 24471111 Fax : +968 24471100
Subscribe to:
Posts (Atom)
