Kesempatan ini tidak da
pat dilepaskan oleh setiap peserta rombongan. Hatta Ustaz Abd Aziz yang kesakitan akibat giginya yang sakit sejak sampai di Oman juga tidak dapat menahan gelojak hatinya untuk turut sama dalam perjalanan ini. Hampir setiap sudut yang dapat dilihat oleh mata kami diabadikan dalam gambar yang diambil dengan kamera masing-masing yang tidak berkodak. Kebetulan pada ketika kami melawat sebuat pantai yang berdekatan dengan istana Sultan Qabus, beberapa orang nelayan mendarat di situ untuk menurunkan hasil tangkapan mereka. Ketakjuban kami tidak dapat ditahan lagi apabila masing-masing berposing de
ngan ikan-ikan jerung yang ditangkap oleh nelayan-nelayan tersebut menggunakan sebuah bot kecil. Selepas itu, Abu Khalid membawa kami ke sebuah pekan elektronik yang sarat dengan kedai-kedai menjual peralatan komputer dan elektrik. Setelah hampir 2 jam meronda pekan tersebut, kami solat maghrib di sebuah masjid yang berdekatan. Selesai solat, Abu Khalid membawa kami ke sebuah lagi pusat membeli belah. Kami pulang ke hotel penginapan sekitar jam 10.00 malam.Pada malamnya diadakan majlis bacaan Yaasin selepas solat Maghrib berjemaah. Majlis yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Afandi ini merupakan antara aktiviti keroh
anian yang disusun sepanjang kursus ini selain slot tazkirah dan forum agama yang diadakan setiap hari selepas solat Subuh. Slot-slot tersebut yang telah disusun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Biro Agama dijalankan berserta dengan program ziarah dimana kami menziarahi bilik penginapan para muzakkir yang ditugaskan menyampaikan tazkirah. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan saf ikatan antara semua peserta dan mengeratkan lagi kerjasama berpasukan, selain memastikan diri para peserta tidak kosong tanpa pengisian yang menjadi nadi kekuatan kumpulan ini.

No comments:
Post a Comment