Deligasi Kursus Guru Bahasa Arab di Oman

Deligasi Kursus Guru Bahasa Arab di Oman

Wednesday, April 22, 2009

PERUTUSAN KETUA ROMBONGAN

Di kesempatan ini saya mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang telah memilih saya dan ahli rombongan seramai 26 orang terdiri dari 14 orang Guru Bahasa Arab program j-QAF, 6 orang Pensyarah Bahasa Arab dari Institut Pendidikan Guru Malaysia dan 4 orang Pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Perkembangan Kurikulum, dan Jabatan Pelajaran Negeri, ke negara Oman dibawah program pertukaran pegawai pelajaran antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran Oman selama sebulan.

Tujuan penghantaran rombongan ini ke Oman ialah untuk mencari dan membina modul pengajaran Bahasa Arab disekolah rendah yang lebih mesra dan berkesan. Dengan gandingan tenaga guru-guru, pensyarah IPGM dan pegawai-pegawai penggerak dari Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri. Usaha ini insyaAllah akan membuahkan hasil.

Apa yang diharapkan ialah dengan bimbingan dari pensyarah-pensyarah dan jurulatih-jurulatih dari kalangan bangsa arab sendiri akan membuahkan sesuatu yang boleh meningkatkan mutu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Dan dengan lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah di sekitar Bandar Muscat, Oman ini bakal membuahkan suatu perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.
Atas komitmen semua pihak saya mengucapkan ribuan terima kasih.

SALAM PERUBAHAN DARI BUMI MUSCAT, OMAN.
Haji Md. Ahir Bin Ahmad

1 comment:

mYazz said...

saya melihat agak teruk prestasi guru J-qaf yg bukan major dalam bahasa arab (di IPTA) mengajar subjek arab di sekolah. Bayangkan, harf jar, nakirah dan ma'rifah pun mereka kurang arif!
Teknik mengajar pun tidak kena pada sasarannya.. hanya translate sahaja dan ini amat membosankan murid.. sehinggakan ada murid yang ponteng kelas kerana tidak mahu belajar bahasa Arab..sesuatu perubahan harus dilakukan dan mencari di mana silapnya..