Tepat jam 8.00 pagi di Oman, rombongan Malaysia meninggalkan hotel kediaman untuk menghadiri majlis perasmian Kursus Latihan Guru-Guru Bahasa Arab Malaysia di Oman yang dijadualkan bermula sekitar jam 8.45 pagi. Sesampai di al-Mudiriyah al-‘Ammah li Tanmiyati al-Mawarid al-Basyariah (Institut Umum Pembangunan Sumber Manusia) yang merupakan tempat rasmi kursus tersebut dijalankan, kami disambut oleh para pegawai dan pensyarah di sana. Selepas perkenalan ringkas, kami terus memasuki dewan utama untuk mengikuti majlis perasmian.Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh adik ‘Asim bin Muhammad al-Jabariy dari Sekolah Rendah al-Khuwayr diikuti dengan ucapan Pengarah Institut oleh Dr. Ahmad Bin Muhammad Bind ‘Abdan al-Hina’iy. Seterusnya
Setelah majlis perasmian, kami menikmati jamuan ringan yang disediakan di luar dewan sambil beramah mesra dengan para kakitangan institut. Selesai menikmati kudapan yang disediakan, kami bergambar bersama pengarah, timbalan pengarah dan kakitangan institut. Seterusnya kami memasuki dewan kuliah untuk mengikuti kuliah pertama.

No comments:
Post a Comment