1. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta yang terpilih memandangkan ramai calon yang telah ditemuduga di seluruh negara.
2. Beliau juga mengingatkan bahawa para peserta merupakan duta kecil Malaysia di Oman untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia di Oman.
3. Beliau melahirkan harapan agar setiap peserta yang pergi berkursus sebagai mewakili negeri masing menjadi role model di negeri masing-masing.
4. Beliau menyatakan harapan yang tinggi agar inovasi-inovasi pendidikan yang terdapat di Oman dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di Malaysia setelah pulang berkursus. Oleh itu beliau berharap kumpulan 26 ini juga dapat mencipta inovasi pendidikan yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja guru-guru di sekolah rendah bahkan di sekolah menengah.5. Selain itu diharapkan para peserta kursus dapat menghasilkan modul yang dapat digunakan untuk faedah semua murid yang mempelajari bahasa Arab. Beliau berpesan agar para peserta dapat mengambil kesempatan daripada kursus ini untuk memperkasakan diri sendiri sebelum memperkasakan orang lain.

No comments:
Post a Comment